Sunday, February 9, 2014

Allahu Allah Maha Mengetahui

Sabar
Itulah yang selalu abah pesan kepada kami adik beradik.
Tak suka macam mana pun sabar.
Marah macam mana pun sabar.
Difitnah, dicaci masih perlu bersabar.
Tak perlu betulkan persepsi org pada kita.
Sebabnya Allah maha mengetahui apa yg betul.
Cuma kadang2 rasa ralat.
Bagaimana manusia sewenangnya menjatuhkan hukum pada org lain dan melihat diri sendiri suci.
Kita tidak selamanya di dunia.
Takutnya akhirat nanti kita merangkak mencari kemaafan dari insan yg kita pernah buruk2kan.

ALLAHU
Sedih dgn dunia.
Masa yang singkat ni semailah kecintaan pada Allah.
Baca ayat ayat suci dari Allah.
Tidak perlu gembira dan taksub dengan 'like' dan bacaan 'komentar' kawan2 yang turut sama menambah fitnah.
Kononnya nasihat yang dicari.
Tapi berapa byk yang menasihati drp yg turut sama mencaci.
Tambah dosa lagi.

Sedar diri sendiri tidak sempurna.
Ada salahnya.
Ada buruknya.
Ada kurangnya.
Ada jahatnya.
Dek kerana itu, simpanlah aib kita.
Tak perlu jual merata.
Risau akhirnya kita yang terpalit kembali.

P/s : buat teman..sibukkan diri. Mengaji (alquran) walau satu muka sehari. Putihkan kembali hati yang dengki. Bukan mengadu di facebook yg langsung takde erti. Allah kan maha mengetahui :)